ec logo



UTAMA SYARIKAT PRODUKAPPLIKASITESTIMONIAL
HUBUNGI 



SYARIKAT

LEMBAGA PENGARAH

USAHASAMA




LEMBAGA PENGARAH


Sharifah Mahiran

Pengarah Urusan

Lulusan Pentadbiran Perniagaan dari New College , Durham , England. Seorang ahli pengasas ECE Sdn Bhd. Beliau sebelum ini pernah berkhidmat dengan Mashaha Holdings Sdn Bhd dan kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Technovendors Sdn Bhd menguruskan logistik dan  latihan simulasi penerbangan  sehingga 2012.  Beliau bertanggungjawab mengendalikan Bahagian Pentadbiran dan Kewangan Syarikat.



Dr. Kamaruddin Hashim

Pengarah Teknikal

PhD, Kimia Polimer , Universiti Loughborough , U. Kingdom.
Jawatan terakhir sebagai Pengarah , Bahagian Pemerosesan Sinaran Teknologi  di Agensi Nuklear Malaysia. Seorang pegawai penyelidikan sejak 1982 , Dr Kamaruddin mempunyai pengalaman selama 31 tahun dalam bidang penyelidikan . Beliau juga merupakan pemegang 7 paten dan telah menerbitkan artikel dalam jurnal saintifik tempatan dan antarabangsa dalam bidang kimia, pertanian dan kejuruteraan polimer.




Kamarul Zaman Abdul Kadir

Pengarah

Memegang ijazah dalam Pengajian Komputer dari Amerika Syarikat.  Beliau telah aktif dalam pelbagai bidang industri perniagaan di dalam dan luar negara.   Beliau bertanggungjawab mengendalikan pembangunan perniagaan syarikat  ini.   Mempunyai  lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang perkilangan dan perdagangan.  Beliau telah membangunkan kilang Pemprosesan Sisa Pepejal yang pertama di  Asia Tenggara yang telah memenangi anugerah  ‘6 kilang  tenaga dikitar semula’ terbaik di dunia.



En. Mohd Zainal b. Ismail

Pengarah  – Mekanisasi & Pembangunan Produk

Lulusan Ijazah Sarjana Kejuruteraan Pertanian, 1985, beliau mempunyai 35 tahun pengalaman dalam bidang Pertanian dan Kejuruteraan Makanan. Sebelum menyertai syarikat ini, En. Mohd Zainal merupakan Pengarah Automasi Mekanisasi dengan Mardi . Beliau telah memenangi pelbagai anugerah di kedua-dua peringkat tempatan dan antarabangsa dalam bidang Sains dan Pertanian dan dan juga memegang beberapa paten dalam bidang yang sama.



Azhar bin Ahmad

Pengarah hal Ehlwah Undang-Undang Dan Admin

Pemegang diploma undang-undang Institut Teknolgi MARA. Mempunyai ijazah sarjana muda undang-undang daripada Universiti Leeds, UK. Barrister at Law (Lincoln’s Inn). (Majlis Pendidikan Undang-Undang UK.

Salah seorang peguam Tetuan Cheang & Ariff (Peguambela dan Peguamcara) di Kuala Lumpur, sebelum menjadi pengasas firmanya sendiridi bawah nama Tetuan Azhar dan Wong (Peguambela dan Peguamcara di Kuala Lumpur).

Mohd Noor Ismail

Pengarah Pemasaran

Beliau mengendalikan fungsi pembangunan perniagaan syarikat ini . Mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang perniagaan dan telah bekerja dengan pelbagai industri sejak tamat pengajian . Belajar di Chartered Institute of Marketing , UK , En. Mohd Noor memegang ijazah dalam Jualan dan Pemasaran dan pakar dalam bidang pemasaran dan jualan. . Tugasan terakhir beliau sebelum menyertai syarikat ini adalah sebagai pengarah Pemasaran dan Jualn RBC Communications Sdn Bhd.



Dr. Newati Wid.

BSc. (UKM), MSc. (UMS), PhD(Leeds, UK) Analisis Kimia

Dr. Newati mengetuai perkongsian kerjasama dengan UMS dan bertanggungjawab untuk menjalankan analisis terperinci dan memastikan pematuhan teknikal untuk projek ini. Beliau juga merupakan ketua Fakulti Sains dan Sumber Asli di Universiti Malaysia Sabah.



Flornica Alca Ahing

University Malaysia Sabah, B.Sc  Perindustrian Kimia

Cik Flornica Alca adalah Pengurus Kilang syarikat dan bertanggung jawab keatas segala hal ehwal pengeluaran bahan chitosan. Pengalaman beliau dibidang perindustrian kimia adalah sangat bernilai di dalam pengesyoran kualiti pengeluaran syarikat.










Copyright   Enviro Clean Energy Sdn Bhd  | Sabah Suite  |   Bangunan MCOBA   |   45, Jalan Syed Putra , 50480 Kuala Lumpur  |   All Rights Reserved   |   Contact Us